Wednesday, 8 July 2015

Dikir Barat Wave Of English




The Enchanted menaikkan nama Malaysia dan nama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sebagai sekolah Wave Of English
By: Muhammad Naufal bin Md Sobri

Pada 7-11 februari 2014 sekolah saya telah dijemput untuk membuat persembahan dikir barat wave of English di satu persidangan antarabangsa dimana persidangan ini melibatkan wakil masyarakat seluruh dunia iaitu persidangan icann52 (Internet Corparation For Assigned Names And Numbers) at Raffles City Convention Center (RCCC) di singapura. Seramai 34 orang pelajar dan 2 orang guru termasuk tuan pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim Dan Cik Faridah Binti Abdul Jabbar yang terlibat dalam program tersebut. saya  berasa bersyukur kerana diberikan peluang terbaik kepada pelajar serta teruja apabila Pengetua Cemerlang SMSKP, memberitahu bahawa kumpulan dikir barat sekolah kita iaitu ‘the Enchanted” akan membuat persembahan di mata dunia. Lagi mengejutkan saya ialah bahawa kumpulan kami adalah harapan tanah air untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia kerana pasukan kami dijemput untuk membuat persembahan pada sesi APRALO(Asia-Pasific Regional At-Large Organization) SHOWCASE yang berlangsung pada hari rabu malam bertarikh 11 Februari 2015 jam 6.30 petang.

              Kami membuat Latihan tersebut kira-kira 4 minggu sebelum kami berangkat ke Singapora. Latihan yang dijalankan hanya dilakukan pada waktu malam supaya tidak menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran. Memang sukar dinafikan bahawa amat sukar untuk mempersembahkan persembahan yang paling terbauk bertaraf antarabangsa kerana kesempitan masa untuk membuat latihan namun dengan semangat yang membara ditunjukkan oleh pasukan dikir barat Wave of English SMSKP, pasukan kami tetap berusaha gigih agar tidak mengecewakan harapan orang ramai terutamanya Pengetua SMSKP ataupun dikenali sebagai Mr. Wave of English yang akan menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan Mei tahun ini. Ini juga merupakan impian dan cita-cita beliau agar bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh semua golongan masyarakat Malaysia mahupun peringkat antarabangsa terutamanya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama tagline beliau “English is easy, Just a piece of cake, Everyone can speak, Don’t be shy.
         Kami juga berpeluang bercakap dengan peserta-peserta ICANN52 dari seluruh pelusuk negara contohnya, German, Perancis dan banyak lagi. Kami berinteraksi bersama mereka menggunakan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.  Dan yang lebih membanggakan kami lagi ialah CEO ICANN52 iaitu Mr Hadi Chehade yang sanggup meluangkan masa bersama kami walaupon beliau sebenarnya sibuk dalam persidangan ini, namun beliau berjumpa dengan pasukan kami semata-mata ingin mengetahui mengenai Dikir Barat Wave of English yang dianjurkan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Beliau juga sangat berbesar hati dengan kehadiran kami kerana kami merupakan peserta paling muda yang terlibat dalam persidangan antarabangsa tersebut.



 
          Pengalaman bertutur dalam bahasa Inggeris  dengan orang serata dunia amat berguna dan menarik kerana ia boleh mengukuhkan lagi pengusaan bahasa Inggeris seperti yang yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya golongan pelajar serta member peluang kepada pelajar untuk bercakap sendiri dengan masyarakat asing bagi membina tahap keyakinan seseorang pelajar untuk bercakap bersama orang luar. Kami pulang dengan perasaan gembira kerana telah berjaya memukau para penonton dengan persembahan kami sehingga mereka mengatakan bahawa persembahan kami persembahan yang terbaik disamping membawa budaya Malaysia di mata dunia.


            Disamping gembira kerana Berjaya memukau peserta dari pelbagai negara dengan membuat persembahan yang terbaik, kami juga sudah berjaya mengangkat nama Malaysia ke persada dunia serta menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sebagai sekolah yang amat pentingkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah..

Teach foreigners about Dikir Barat

Waiting for show

enjoy with foreigners

with CEO ICANN, Mr Hadi Che Hadi

Ready to perform...

Oening Ceremony

Mr Ismail and Miss Faridah talk with  foreigner from German....


Dikir Barat Team
KUBANG PASU SCIENCE SCHOOL
Nak tengok persembahan dikir barat di Singapura... 



No comments:

Post a Comment