Thursday, 2 October 2014

Standing in the hall of fame


SMSKP mencipta nama lagi



Kubang Pasu: ​Pasukan bola sepak bawah 14 SM Sains Kubang Pasu telah meraih gelaran  juara dalam Pertandingan Bola Sepak bawah 14 Tahun Daerah Kubang Pasu 2014 luar musim di Padang Bola SMK Pulau Nior 27 September yang lalu. 

        Pertandingan ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga lewat petang. Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri dengan SMK Darulaman Height. Seterusnya, mereka telah mengalahkan banyak pasukan seperti SMK Paya Kemunting (3-0), SMK Tunku Bendahara (4-0) dan SMK Megat Dewa (3-0). Pada peringkat separuh akhir mereka menang dengan SMK Hosba dengan keputusan tipis iaitu (2-1). Keputusan tersebut melayakkan mereka ke pusingan akhir dan menentang SMK Pulau Nyior. Hasil usaha yang gigih  dan semangat yang kuat  meraka berjaya membenam SMK Pulau Nyior dengan keputusan (1-0) 

        Ketua pasukan, Muhammad Hasri Firzan melafazkan rasa syukur dan sangat gembira meraih kemenangan yang sangat berharga meskipun di peringkat daerah. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan ini dan juga merupakan salah seorang peserta Kem Bola 1MCC di bawah anjuran Astro tahun lepas. Sebenarnya banyak kejuaraan yang telah diraih oleh pasukan ini. Antaranya,  Johan Kejohanan Bola Sepak bawah 14 tahun  SBP Zon Utara tahun lepas dan  Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD bawah 15 2014. Untuk pengetahuan semua, Zikri Mahadzir salah seorang pemain telah mengikuti Program Mencari Ramli musim ke-3 di Manchester United dibawah kerjasama TM tahun ini. 
                 
         "Syabas dan tahniah yang tidak terhingga kepada pasukan bola sepak bawah 14 SM Sains Kubang Pasu yang sekali lagi mencipta nama dan dapat menyuntikkan semangat para pelajar agar lebih gigih bagi mengharumkan nama sekolah" kata PK KO SMSKP. Pasukan bola sepak ini diurus oleh En. Ridzuan dan En. Roshidi yang merupakan guru SM Sains Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment