The Enchanted menaikkan nama Malaysia dan nama Sekolah Menengah Sains
Kubang Pasu sebagai sekolah Wave Of English
By: Muhammad Naufal bin Md Sobri
Pada 7-11 februari 2014
sekolah saya telah dijemput untuk membuat persembahan dikir barat wave of
English di satu persidangan antarabangsa dimana persidangan ini melibatkan
wakil masyarakat seluruh dunia iaitu persidangan icann52 (Internet Corparation
For Assigned Names And Numbers) at Raffles City Convention Center (RCCC) di
singapura. Seramai 34 orang pelajar dan 2 orang guru termasuk tuan pengetua Sekolah
Menengah Sains Kubang iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim Dan Cik Faridah Binti
Abdul Jabbar yang terlibat dalam program tersebut. saya berasa bersyukur
kerana diberikan peluang terbaik kepada pelajar serta teruja apabila Pengetua
Cemerlang SMSKP, memberitahu bahawa kumpulan dikir barat sekolah kita iaitu
‘the Enchanted” akan membuat persembahan di mata dunia. Lagi mengejutkan saya
ialah bahawa kumpulan kami adalah harapan tanah air untuk menaikkan nama
Malaysia di persada dunia kerana pasukan kami dijemput untuk membuat
persembahan pada sesi APRALO(Asia-Pasific Regional At-Large Organization)
SHOWCASE yang berlangsung pada hari rabu malam bertarikh 11 Februari 2015 jam
6.30 petang.
Kami membuat Latihan tersebut kira-kira 4 minggu sebelum kami berangkat
ke Singapora. Latihan yang dijalankan hanya dilakukan pada waktu malam supaya
tidak menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran. Memang sukar dinafikan
bahawa amat sukar untuk mempersembahkan persembahan yang paling terbauk
bertaraf antarabangsa kerana kesempitan masa untuk membuat latihan namun dengan
semangat yang membara ditunjukkan oleh pasukan dikir barat Wave of English
SMSKP, pasukan kami tetap berusaha gigih agar tidak mengecewakan harapan orang
ramai terutamanya Pengetua SMSKP ataupun dikenali sebagai Mr. Wave of English
yang akan menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan Mei tahun ini. Ini juga
merupakan impian dan cita-cita beliau agar bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh
semua golongan masyarakat Malaysia mahupun peringkat antarabangsa terutamanya
yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama tagline beliau “English
is easy, Just a piece of cake, Everyone can speak, Don’t be shy.
Kami juga berpeluang bercakap dengan peserta-peserta ICANN52 dari seluruh
pelusuk negara contohnya, German, Perancis dan banyak lagi. Kami berinteraksi
bersama mereka menggunakan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Dan yang lebih membanggakan kami lagi ialah
CEO ICANN52 iaitu Mr Hadi Chehade yang sanggup meluangkan masa bersama kami walaupon
beliau sebenarnya sibuk dalam persidangan ini, namun beliau berjumpa dengan
pasukan kami semata-mata ingin mengetahui mengenai Dikir Barat Wave of English
yang dianjurkan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Beliau juga sangat
berbesar hati dengan kehadiran kami kerana kami merupakan peserta paling muda
yang terlibat dalam persidangan antarabangsa tersebut.
Pengalaman
bertutur dalam bahasa Inggeris dengan orang serata dunia amat berguna dan
menarik kerana ia boleh mengukuhkan lagi pengusaan bahasa Inggeris seperti yang
yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya golongan
pelajar serta member peluang kepada pelajar untuk bercakap sendiri dengan
masyarakat asing bagi membina tahap keyakinan seseorang pelajar untuk bercakap
bersama orang luar. Kami pulang dengan perasaan gembira kerana telah berjaya
memukau para penonton dengan persembahan kami sehingga mereka mengatakan bahawa
persembahan kami persembahan yang terbaik disamping membawa budaya Malaysia di
mata dunia.
Disamping gembira kerana Berjaya memukau peserta dari pelbagai negara
dengan membuat persembahan yang terbaik, kami juga sudah berjaya mengangkat
nama Malaysia ke persada dunia serta menaikkan nama Sekolah Menengah Sains
Kubang Pasu sebagai sekolah yang amat pentingkan penggunaan Bahasa Inggeris di
sekolah..
 |
Teach foreigners about Dikir Barat |
 |
Waiting for show |
 |
enjoy with foreigners |
 |
with CEO ICANN, Mr Hadi Che Hadi |
 |
Ready to perform... |
 |
Oening Ceremony |
 |
Mr Ismail and Miss Faridah talk with foreigner from German.... |
 |
Dikir Barat Team KUBANG PASU SCIENCE SCHOOL |
Nak tengok persembahan dikir barat di Singapura...